Salam

ONE OF THE MOST VALUEABLE...

Its not an achievement to make 100 FRIENDS in a year....
but...an achievement is to make a FRIEND for 100 years...

DO'A KU...

DO'A KU...
Sesungguhnya ENGKAULAH sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong...YA ALLAH...Perkenankan lah..

HANYA KERANA ALLAH..

Friday, September 11, 2009

WHUDU' ZAHIR dan BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf,

sangat warak dan kusyuk solatnya, namun dia selalu khuatir,

kalau2 ibadahnya kurang kusyuk. Selalu bertanya kepada orang yang

dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya

kurang kusyuk.


Suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,

" wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat? "


Hatim berkata, " Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."


Isam bertanya, "Bagaimana caranya ?"


Hatim berkata, "Wudhu' zahir, sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota

wudhu' dengan air."


Sementara wudhu' batin ialah membasuh aggota dengan 7 perkara:

1. bertaubat.

2. menyesali dosa yang telah dilakukan.

3. tidak tergila gilakan dunia.

4. tidak mencari/mengharap pujian orang (riya').

5. tinggalkan sifat berbangga.

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu.

7. meninggalkan sifat dengki.


Seterusnya Hatim berkata, " kemudian aku pergi ke mesjid, aku kemaskan semua anggota ku dan menghadap kiblat.


Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan ALLAH.

2. syurga disebelah kananku.

3. neraka disebelah kiriku.

4. malaikat maut berada dibelakangku dan

5. aku bayangkan pula, aku seolah olah berdiri diatas titian 'siratul mustaqim dan menganggap

bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian barulah aku berniat dan

bertakbir dengan baik."


" setiap bacaan dan doa didalam solat, aku fahami maknanya, kemudian rukuk dan sujud

dengan tawadhuk, aku bertasyadud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam

dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik

bila dibandingkan dengan Hatim.......wallah hu'aklam....


Wassallam.


No comments:

Post a Comment