Anda tentu pernah mendengar seorang pemandu teksi akhirnya menjadi jutawan. Mungkin anda juga pernah mendengar seorang penjaja akhirnya menjadi hartawan yang disegani. Bahkan hampir kesemua orang berjaya dan gemilang didunia ini bermula sebagai orang susah.
Tetapi mungkin anda belum pernah mendengar tentang seorang jutawan akhirnya muflis lalu menjadi pemandu teksi. Anda juga mungkin tidak pernah mendengar seorang jutawan yang terpaksa menjual lemang untuk menyara hidupnya.
Cerita terbalik begini selalunya tidak berlaku dalam hidup kita. Orang kaya kalaupun dia jatuh muflis, muflisnya masih dalam kategori mewah bagi seorang fakir. Orang berharta tatkala dia jatuh miskin, miskinnya itu masih dalam kategori senang bagi seorang miskin.
Sebenar nya hidup ini bagaikan putaran roda, sekejap dibawah dan sekejap diatas. Oleh sebab itu tatkala diatas, tidak sepatutnya kita melupakan yang dibawah, sebab bila-bila masa sahaja bahagian roda yang berada diatas akan berada dibawah apabila berputar.
Malangnya tidak semua orang ingat akan "undang-undang" ini. Selalunya apabila seseorang itu berada diatas dia menyangka akan terus diatas. Begitu juga orang yang berada dibawah selalu menyangka dia akan berada disitu selama lamanya.
Saya pernah mengenali beberapa orang jutawan yang sekarang ini menjadi penjual sayur, pemandu teksi dan juga penjual lemang. Mereka aktivis politik suatu masa dulu tetapi sekarang menjadi orang biasa. Sewaktu dalam alunan politik mereka menikmati semua kemewahan hidup. Kalau petang ini terfikir hendak pergi ke London besok sudah boleh berangkat. Mereka pergi bukan seorang diri bahkan kadang-kadang menaja sehingga beratus orang. Begitulah mewahnya mereka. Tinggal dibanglo dan memandu kereta import termahal. Alangkah hebatnya gaya hidup mereka.
Suatu ketika, saya mendapat khabar bahawa mereka telah jatuh miskin secara tiba-tiba. Saya tidak mahu mempercayai berita itu hinggalah pada awal Oktober 03 saya dkunjungi oleh salah seorang bekas jutawan ini. Saya bawa dia dan ahli keluarganya makan malam dan sewaktu menikmati hidangan itulah, dia secara jujur dan tanpa malu memberitahu, sebaik sahaja jatuh miskin dia melakukan pelbagai pekerjaan bawahan.
"Pekerjaan pertama saya ialah membawa teksi. Rakan-rakan jutawan yang lain ada yang jual sayur dan jual lemang."
Yang menarik disini bukan cerita kebankrapan itu, sebaliknya bagaimana kisah jutawan-jutawan yang pernah dikenali suatu masa dulu masih mampu membina kekuatan dalaman untuk meneruskan hidup sebagai penjual sayur, pemandu teksi dan penjual lemang.
Bagaimanakah mereka boleh sekuat itu? Dari kedudukan setinggi-tingginya kini berada pada kedudukan paling bawah, tapi masih mampu bertahan sebagai insan beriman?
Itu lah yang membezakan antara seorang yang memiliki Tuhan sebagai tempat bergantung dan berserah dengan orang yang tiada Tuhan meskipun mengaku beragama*
[ oleh DR HM Tuah Iskandar al-Haj-dewan agama & falsafah januari 2004]
MASIH ADA YANG MENCARI VITAL ESSENCE???
9 years ago
Ikut lah resmi padi...makin tunduk makin berisi..
ReplyDeleteJangan ikut resmi ayam.. bertelur satu riuh sekampung...
Ikutlah resmi penyu di pantai..telur beratus namun tak bangga.
Jangan ikut resmi merak... bila sayap dia kembangkan sombong...dengan bulunya..