1. Adakah yang sombong?
diberi ALLAH penghidupan tapi enggan sujud.
2. Adakah yang mati hati?
tidak menerima petunjuk melalui Al-Quran, Hadith dan cerita2 kebaikan.
3. Adakah yang dunggu otak?
yang tidak melakukan ibadah dan senang melakukan maksiat.
4. Adakah yang kuat?
dapat menahan kemarahan.
5. Adakah yang lemah?
lemah untuk memerangi maksiat depan mata.
6. Adakah yang bakhil?
berat lidah untuk berselawat keatas NABI s.a.w.
7. Adakah yang buta?
yang tidak membaca dan meneliti maksud ayat2 Al-Quran serta iktibar nya.
8. Adakah yang tuli?
tidak menerima nasihat dan pengajaran yang baik.
9. Adakah yang sibok?
tidak indahkan waktu2 solat.
10. Adakah yang manis senyumannya?
walau ditimpa musibah, lalu kita berkata 'innalillahi wainna illaihi rojiun'
sambil tersenyum dan hati menerima dengan redha.
11. Adakah menangis airmata mutiara?
waktu bersendirian dan menyesal diatas dosa2 kita.
12. Adakah yang kaya?
yang sentiasa bersyukur dengan apa kurniaan ALLAH dan tidak tamak pada
nikmat dunia yang sementara.
13. Adakah yang miskin?
yang tidak puas akan pemberian ALLAH.
14. Adakah yang pandai?
yang bersiap sedia dengan bekalan kematian kerana alam akhirat itu kekal.
15. Adakah yang bodoh?
yang beriya-iya untuk dunia sahaja.
16. Adakah yang maju dalam hidupnya?
yang sentiasa meningkatkan ilmu agamanya.
17. Adakah yang mundur hidupnya?
yang tidak memperdulikan halal haramnya.
18. Adakah yang rugi?
yang sudah sampai usia pertengahan tapi masih berat untuk beramal dengan
ilmu kebaikan.
19. Adakah yang selalu ditipu?
yang tertipu dengan umur, menyangkakan kematian hanya pada yang
berusia tua sahaja.
20. Adakah yang paling cantik?
yang cantik hanyalah pada yang memiliki akhlak yang baik.
21. Adakah yang memiliki rumah yang cantik?
yang kuburnya diluaskan saujana mata memandang dengan membawa amal
kebaikan.
22. Adakah yang memiliki rumah yang sempit?
yang mati tidak membawa amal kebaikan.
23. Adakah yang berakal?
yang menghuni syurga kerana menggunakan akal sewaktu didunia.
MASIH ADA YANG MENCARI VITAL ESSENCE???
9 years ago
Jangan hanya leka membaca bahasa indah, tapi masih diri tidak di muhasabah...
ReplyDeleteItu lagi parah...
Dan jangan hanya pandai menitis air mata konon menyesal..
Tapi masih bebal....