Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan pada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana didunia dan akhirat.
Ada bicara cerita yang tidak lengkap dan sepenuhnya di bicarakan, sehingga timbul rasa kebencian sesama manusia. Siapakah yang akan dipertanggung jawapkan jika berlaku nya sebegini.....? " sipembawa " cerita itulah... Jangan bicarakan cerita seumpama fitnah, hanya untuk menutup kesalahan dan dosa masa lalu. Rasa bersalah pada diri sendiri itulah yang akan memakan diri sendiri.
Didunia, akan dibenci oleh manusia lain. Manakala diakhirat, bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi didalam neraka Allah swt. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah, itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia2.
Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara2 yang berhikmah. OLeh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan pekataan yang sia2.
HIKMAH DIAM:
1. sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. perhiasan tanpa berhias.
3. kehebatan tanpa kerajaan.
4. benteng tanpa pagar.
5. kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. menutupi segala aib.
HADIS MENGENAI KELEBIHAN DIAM:
BERMAKSUD:
Barang siapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silap nya, nescaya banyaklah dosa nya dan barang siapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya..
(HS Abu Naim)
Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam..
(HS Bukhari & Muslim)
Barang siapa diam maka ia terlepas dari bahaya..
(HS at-Tirmizi)
Sampaikan pesan ku, biar satu ayat..
(HS Abdullah bin 'Amr)
Banyak diam tidak semestinya bodoh,
banyak cakap tidak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran,
orang cerdik yang pendiam lebeh baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
Menasihati orang yang bersalah, tidak salah,
yang salah, memikirkan kesalahan orang lain.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenar nya orang itu menghina dirinya sendiri.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan,
kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam,
kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik.
Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan berseh,
yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Diam bukan bermakna sombong,
jadi kita dinasihatkan, hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan senyum selalu....kerana senyum itu adalah satu sedekah..wallah hu'aklam....
wassalam...
MASIH ADA YANG MENCARI VITAL ESSENCE???
9 years ago
Kadang2 apa yang kita sampaikan kerana nak menutup/menyembunyikan kesalahan kita sendiri atau nak mendapat simpati je.. tapi adakah hati kita tenang? belum tentu....kalau pula yang mendengar cerita nya terima bulat2 dia pun dapat saham juga...menempah bilik di neraka dengan perkara ini juga boleh memutuskan silaturrahim. Salah satu perkara yang membuatkan puasa atau amalan tidak di terima Tuhan, adalah memutuskan silaturrahim... buat penat je..berpuasa tu.. lu pikir la sendiri...
ReplyDeletemereka2 yg sedemikian rupa hanya lah penting kan duniawi semata-mata...asalkan lepas tengkok dan tidak memalukan diri diatas dunia...TETAPI keadilan/mahkamah ALLAH diakhirat TETAP menanti selagi tiada keampunan dari pihak yang 'dkambing hitamkan'itu....
ReplyDelete