Salam

ONE OF THE MOST VALUEABLE...

Its not an achievement to make 100 FRIENDS in a year....
but...an achievement is to make a FRIEND for 100 years...

DO'A KU...

DO'A KU...
Sesungguhnya ENGKAULAH sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong...YA ALLAH...Perkenankan lah..

HANYA KERANA ALLAH..

Tuesday, September 15, 2009

Ketahui lah wahai....WANITA

1. Doa perempuan lebih makhbul daripada lelaki, kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullullah akan hal tersebut, jawap Baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfal lah para malaikat untuk nya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya merlahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.

7. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH, dan orang yang takutkan ALLAH akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar kerumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukkan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya 10,000 tahun.

10. Perempuan apabila solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, " Aku bertanya kepada Rasullulah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? jawap Rasullullah, "suaminya." " siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawap Rasullullah, " ibunya ".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawaplah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan2 dilaut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dari mana2 pintu yang dikehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak2nya dengan ikhlas dan redha, akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) didalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua sausdara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawap, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a., Barangsiapa yang di uji dengan sesuatu daripada anak2 perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

# wahai WANITA, sedarlah dan jangan sesekali merasa lemah semangat dengan ujian2 ALLAH...renungi lah HIKMAH disebalik ujian asalkan ditempoh dengan redha dan kesabaran.. WANITA lah sebenarnya yang membuatkan lelaki itu kuat.. Nabi meletakan WANITA setaraf dengan LELAKI....renung2kan dan berfikirlah dengan akal yang waras#

Wallahhu'aklam.

Siapakah kita ini?

1. Adakah yang sombong?
diberi ALLAH penghidupan tapi enggan sujud.

2. Adakah yang mati hati?
tidak menerima petunjuk melalui Al-Quran, Hadith dan cerita2 kebaikan.

3. Adakah yang dunggu otak?
yang tidak melakukan ibadah dan senang melakukan maksiat.

4. Adakah yang kuat?
dapat menahan kemarahan.

5. Adakah yang lemah?
lemah untuk memerangi maksiat depan mata.

6. Adakah yang bakhil?
berat lidah untuk berselawat keatas NABI s.a.w.

7. Adakah yang buta?
yang tidak membaca dan meneliti maksud ayat2 Al-Quran serta iktibar nya.

8. Adakah yang tuli?
tidak menerima nasihat dan pengajaran yang baik.

9. Adakah yang sibok?
tidak indahkan waktu2 solat.

10. Adakah yang manis senyumannya?
walau ditimpa musibah, lalu kita berkata 'innalillahi wainna illaihi rojiun'
sambil tersenyum dan hati menerima dengan redha.

11. Adakah menangis airmata mutiara?
waktu bersendirian dan menyesal diatas dosa2 kita.

12. Adakah yang kaya?
yang sentiasa bersyukur dengan apa kurniaan ALLAH dan tidak tamak pada
nikmat dunia yang sementara.

13. Adakah yang miskin?
yang tidak puas akan pemberian ALLAH.

14. Adakah yang pandai?
yang bersiap sedia dengan bekalan kematian kerana alam akhirat itu kekal.

15. Adakah yang bodoh?
yang beriya-iya untuk dunia sahaja.

16. Adakah yang maju dalam hidupnya?
yang sentiasa meningkatkan ilmu agamanya.

17. Adakah yang mundur hidupnya?
yang tidak memperdulikan halal haramnya.

18. Adakah yang rugi?
yang sudah sampai usia pertengahan tapi masih berat untuk beramal dengan
ilmu kebaikan.

19. Adakah yang selalu ditipu?
yang tertipu dengan umur, menyangkakan kematian hanya pada yang
berusia tua sahaja.

20. Adakah yang paling cantik?
yang cantik hanyalah pada yang memiliki akhlak yang baik.

21. Adakah yang memiliki rumah yang cantik?
yang kuburnya diluaskan saujana mata memandang dengan membawa amal
kebaikan.

22. Adakah yang memiliki rumah yang sempit?
yang mati tidak membawa amal kebaikan.

23. Adakah yang berakal?
yang menghuni syurga kerana menggunakan akal sewaktu didunia.

5 WASIAT ALLAH SWT KEPADA RASULLULLAH SAW

Dari Nabi s.a.w " pada waktu malam saya diisraqkan sampai kelangit, ALLAH s.w.t telah memberikan 5 wasiat, antaranya"

1. Jangan lah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya AKU tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepada KU sebab tempat kembalimu adalah kepada KU.

3. Bersungguh sungguhlah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan dari makhluk sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa ditangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan solat tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Monday, September 14, 2009

Mutiara akal...

Sesungguhnye setiap kegagalan mengandungi benih2 kenikmatan yang akan datang.
Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara sahaja...
(Hamka)


Jangan putus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas,
kadang2 seseorang yang tumpul otaknya,
tetapi tidak putus asa,
lebeh maju daripada seseorang yang cerdas,
tetapi pemalas...
(Hamka)

SABDA RASULLULLAH SAW

Empat perkara yang membawa kebahgian, iaitu...
wanita yang solehah,
rumah yang luas,
jiran yang baik dan
kenderaan yang selesa.
(HR Ibnu Hibban)

SABDA RASULLULLAH SAW

Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu...
takut pada ALLAH ketika bersendirian dan dikhalayak ramai,
berlaku adil pada ketika suka dan marah,
berjimat cermat ketika susah dan senang.....
dan tiga perkara yang membinasakan, iaitu...
mengikut hawa nafsu,
terlampau bakhil,
dan kagum seseorang dengan diri nya sendiri.
(HR Abu Syeikh)

SABDA RASULLULLAH SAW

Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal,
nanti ia menyakitkan kamu,
dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun,
nanti dia benci pada kamu.
(HR Ibnu Abbas)

Friday, September 11, 2009

WHUDU' ZAHIR dan BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf,

sangat warak dan kusyuk solatnya, namun dia selalu khuatir,

kalau2 ibadahnya kurang kusyuk. Selalu bertanya kepada orang yang

dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya

kurang kusyuk.


Suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,

" wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat? "


Hatim berkata, " Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."


Isam bertanya, "Bagaimana caranya ?"


Hatim berkata, "Wudhu' zahir, sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota

wudhu' dengan air."


Sementara wudhu' batin ialah membasuh aggota dengan 7 perkara:

1. bertaubat.

2. menyesali dosa yang telah dilakukan.

3. tidak tergila gilakan dunia.

4. tidak mencari/mengharap pujian orang (riya').

5. tinggalkan sifat berbangga.

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu.

7. meninggalkan sifat dengki.


Seterusnya Hatim berkata, " kemudian aku pergi ke mesjid, aku kemaskan semua anggota ku dan menghadap kiblat.


Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan ALLAH.

2. syurga disebelah kananku.

3. neraka disebelah kiriku.

4. malaikat maut berada dibelakangku dan

5. aku bayangkan pula, aku seolah olah berdiri diatas titian 'siratul mustaqim dan menganggap

bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian barulah aku berniat dan

bertakbir dengan baik."


" setiap bacaan dan doa didalam solat, aku fahami maknanya, kemudian rukuk dan sujud

dengan tawadhuk, aku bertasyadud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam

dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik

bila dibandingkan dengan Hatim.......wallah hu'aklam....


Wassallam.


BICARA

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan pada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana didunia dan akhirat.
Ada bicara cerita yang tidak lengkap dan sepenuhnya di bicarakan, sehingga timbul rasa kebencian sesama manusia. Siapakah yang akan dipertanggung jawapkan jika berlaku nya sebegini.....? " sipembawa " cerita itulah... Jangan bicarakan cerita seumpama fitnah, hanya untuk menutup kesalahan dan dosa masa lalu. Rasa bersalah pada diri sendiri itulah yang akan memakan diri sendiri.

Didunia, akan dibenci oleh manusia lain. Manakala diakhirat, bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi didalam neraka Allah swt. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah, itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia2.
Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara2 yang berhikmah. OLeh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan pekataan yang sia2.

HIKMAH DIAM:

1. sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. perhiasan tanpa berhias.
3. kehebatan tanpa kerajaan.
4. benteng tanpa pagar.
5. kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. menutupi segala aib.

HADIS MENGENAI KELEBIHAN DIAM:

BERMAKSUD:
Barang siapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silap nya, nescaya banyaklah dosa nya dan barang siapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya..
(HS Abu Naim)

Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam..
(HS Bukhari & Muslim)

Barang siapa diam maka ia terlepas dari bahaya..
(HS at-Tirmizi)

Sampaikan pesan ku, biar satu ayat..
(HS Abdullah bin 'Amr)

Banyak diam tidak semestinya bodoh,
banyak cakap tidak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran,
orang cerdik yang pendiam lebeh baik dari orang bodoh yang banyak cakap.

Menasihati orang yang bersalah, tidak salah,
yang salah, memikirkan kesalahan orang lain.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenar nya orang itu menghina dirinya sendiri.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan,
kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam,
kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik.
Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan berseh,
yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Diam bukan bermakna sombong,
jadi kita dinasihatkan, hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan senyum selalu....kerana senyum itu adalah satu sedekah..wallah hu'aklam....

wassalam...

Wednesday, September 9, 2009

KEBERKATAN & KEREDHAAN DARI ALLAH UNTUK PARA ISTERI.

1] memberi/menyedia segelas air. FADHILAT: mendapat pahala puasa sunat 1 tahun 2] menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan. FADHILAT: mendapat pahala haji dan umrah.
3] perkhidmatan yang diberi pada suami. FADHILAT: mendapat pahala yang tidak putus2. 4] menghamilkan benih suami. FADHILAT: mendapat pahala syahid. 5] mandi junub bersama. FADHILAT: pahala saperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin.
6] suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak. FADHILAT: anak yang soleh/solehah dgn didikan isteri, walaupun isteri bernikah lain, asalkan terus dgn didikan, arwah suami akan terus menerima pahala dan terbenteng dari api neraka.
7] memandang suami dengan harmoni. FADHILAT: seolah berzikir pada ALLAH. 8] sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya, dia terus masuk syurga!!!!!

Tuesday, September 8, 2009

SABAR DAN SYUKUR

Ibnul Qayyim rahimullah didalam Madarij as-Salikin (hal.152) menjelaskan bahawa iman itu terdiri dari 2 bahagian, satu bagian sabar dan satu bagian yang lain adalah syukur. Beliau juga mangatakan (hal'155) bahawa sabar bagi iman laksana kepala bagi tubuh seorang insan. Tidak ada iman pada diri orang yang tidak memiliki kesabaran, sebagaimana halnya tidak ada jasad yang berfungsi apabila tidak ada kepalanya. Sebagaimana yang dikataka oleh Umar al-Khatthab radiyallah u'anhu, beliau mengatakan, "Penghidupan yang terbaik itu sesungguhnya kami perolehi dengan modal kesabaran."
Demikian pula syukur, ia merupakan bukti kesungguhan seorang hamba dalam mengabdi dan tunduk kepada RABBnya, firman ALLAH yang bermaksud, "Dan bersyukurlah kepada ALLAH jika kalian benar2 beribadah hanya kepada-NYA'" (QS> al-Baqarah; 172)
ALLAH menciptakan pendengaran, penglihatan, dan hati adalah untuk kita syukuri, firman ALLAH yang bermaksud, "ALLAH mengeluarkan kalian dari perut ibu2 kalian dalam keadaan kalian tidak mengetahui apa2, dan ALLAH menciptakan untuk kalian pendengaran, penglihatan dan hati, mudah2an kalian bersyukur kepadanya." (QS. an-Nahl; 78)

SABDA RASULLULLAH SAW

Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguh nya semua urusan nya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia tertimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya. (HR. Muslim dlm kitab az-Zuhd wa ar-Raqa'iq)

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD

" Ada pun manusia, apabila RABBnye menimpakan ujian kepadanya dengan memuliakan dan mencurahkan nikmat kepadanya maka dia mengatakan, 'RABBku telah memuliakan ku', dan apabila DIA mengujinya dengan membatasi rezekinya niscaya dia akan mengatakan, 'RABBku telah menghinaku.' Sekali kali bukan demikian..."(QS.al-Fajr:15-17)

ANTARA SEBAB KERASNYA HATI.


1] berlebihan dalam berbicara.
2] melakukan maksiat.
3] tidak tunaikan kewajipan.
4] terlalu banyak ketawa.
5] terlalu banyak makan.
6] berteman dengan orang2 yang jelek agamanya.
Sheikh As-Sa'di rahimullah menjelaskan bahawa kerasnya hati ini termasuk hukuman paling parah yang menimpa manusia (akibat dosanya). Ayat2 dan peringatan tidak lagi bermanafaat bagi nya. Dia tidak merasa takut melakukan maksiat, dan tidak terpacu untuk melakukan kebaikan, kalau kebaikan yang di lakukan hanyalah untuk mendapat nama dan pujian sesama manusia, sehingga petunjuk (ilmu) yang sampai kepadanya bukan nya menambah baik justeru semakin menambah buruk keadaannya, bukan setakat hati menjadi keras, akal langsung tidak di gunakan untuk berfikir.(lihat Taisir al-Karim ar Rahman,hal.225)

MENGAPA HATI MEMBATU..

Ibnu al-Qayyim rahimullah mengatakan dalam kitabnya Bada'i al-Fawa'id [3/743], "tatkala mata telah mengalami kekeringan disebabkan tidak pernah menangis kerana takut pada ALLAH, maka ketahui lah bahawa sesungguhnya keringnya mata itu adalah bersumber dari kerasnya hati. Hati yang paling jauh dari ALLAH adalah hati yang keras."

Nabi saw pun berdoa kepada ALLAH agar terlindung dari hati yang tidak khusyu', sebagaimana terdapat dalam hadis, " Ya ALLAH, aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak bermenafaat, dari hati yang tidak khusyu', dari hawa nafsu yang tidak pernah merasa kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan," (HR. Muslim [2722])

Sunday, September 6, 2009

MENANGANI MASALAH DENGAN SIUMAN.

Anda tentu pernah mendengar seorang pemandu teksi akhirnya menjadi jutawan. Mungkin anda juga pernah mendengar seorang penjaja akhirnya menjadi hartawan yang disegani. Bahkan hampir kesemua orang berjaya dan gemilang didunia ini bermula sebagai orang susah.

Tetapi mungkin anda belum pernah mendengar tentang seorang jutawan akhirnya muflis lalu menjadi pemandu teksi. Anda juga mungkin tidak pernah mendengar seorang jutawan yang terpaksa menjual lemang untuk menyara hidupnya.

Cerita terbalik begini selalunya tidak berlaku dalam hidup kita. Orang kaya kalaupun dia jatuh muflis, muflisnya masih dalam kategori mewah bagi seorang fakir. Orang berharta tatkala dia jatuh miskin, miskinnya itu masih dalam kategori senang bagi seorang miskin.

Sebenar nya hidup ini bagaikan putaran roda, sekejap dibawah dan sekejap diatas. Oleh sebab itu tatkala diatas, tidak sepatutnya kita melupakan yang dibawah, sebab bila-bila masa sahaja bahagian roda yang berada diatas akan berada dibawah apabila berputar.

Malangnya tidak semua orang ingat akan "undang-undang" ini. Selalunya apabila seseorang itu berada diatas dia menyangka akan terus diatas. Begitu juga orang yang berada dibawah selalu menyangka dia akan berada disitu selama lamanya.

Saya pernah mengenali beberapa orang jutawan yang sekarang ini menjadi penjual sayur, pemandu teksi dan juga penjual lemang. Mereka aktivis politik suatu masa dulu tetapi sekarang menjadi orang biasa. Sewaktu dalam alunan politik mereka menikmati semua kemewahan hidup. Kalau petang ini terfikir hendak pergi ke London besok sudah boleh berangkat. Mereka pergi bukan seorang diri bahkan kadang-kadang menaja sehingga beratus orang. Begitulah mewahnya mereka. Tinggal dibanglo dan memandu kereta import termahal. Alangkah hebatnya gaya hidup mereka.

Suatu ketika, saya mendapat khabar bahawa mereka telah jatuh miskin secara tiba-tiba. Saya tidak mahu mempercayai berita itu hinggalah pada awal Oktober 03 saya dkunjungi oleh salah seorang bekas jutawan ini. Saya bawa dia dan ahli keluarganya makan malam dan sewaktu menikmati hidangan itulah, dia secara jujur dan tanpa malu memberitahu, sebaik sahaja jatuh miskin dia melakukan pelbagai pekerjaan bawahan.

"Pekerjaan pertama saya ialah membawa teksi. Rakan-rakan jutawan yang lain ada yang jual sayur dan jual lemang."

Yang menarik disini bukan cerita kebankrapan itu, sebaliknya bagaimana kisah jutawan-jutawan yang pernah dikenali suatu masa dulu masih mampu membina kekuatan dalaman untuk meneruskan hidup sebagai penjual sayur, pemandu teksi dan penjual lemang.

Bagaimanakah mereka boleh sekuat itu? Dari kedudukan setinggi-tingginya kini berada pada kedudukan paling bawah, tapi masih mampu bertahan sebagai insan beriman?

Itu lah yang membezakan antara seorang yang memiliki Tuhan sebagai tempat bergantung dan berserah dengan orang yang tiada Tuhan meskipun mengaku beragama*
[ oleh DR HM Tuah Iskandar al-Haj-dewan agama & falsafah januari 2004]

Thursday, September 3, 2009

SABDA RASULLULLAH SAW

Apabila ALLAH menginginkan kebaikan bagi hambanya, maka ALLAH segerakan hukuman atas dosanya didunia, dan apabila ALLAH menghendaki keburukan pada hamba-Nya maka ALLAH tahan hukuman atas dosanya itu sampai dibayarkan disaat hari qiamat.
(HR At-Tirmizi)

FIRMAN ALLAH SWT

"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin ALLAH dan barang siapa yang beriman kepada ALLAH nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya dan ALLAH maha mengetahui segala sesuatu."

FIRMAN ALLAH SWT

" Syurga 'Adn yang mereka masuk kedalam nya bersama sama dengan orang2 yang soleh dari bapak2nya, isteri2nya dan anak cucunya, sedang malaikat2 masuk ketempat2 mereka dari semua pintu, sambil mengucapkan ' Salamun 'alaikum bima shabartum' (bermaksud: keselamatan atas kalian sebagai balasan atas kesabaran kalian)
Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu."
(Ar-Ra'd: 23-24)

Wednesday, September 2, 2009

FIRMAN ALLAH SWT

"Sungguh kami akan menguji kalian dengan sedikit rasa takut, kelaparan serta kekurangan harta benda, jiwa dan buah2an. Maka berikan lah kabar gembira bagi orang2 yang sabar, iaitu orang2 yang apabila tertimpa musibah mereka mengatakan, ' sesungguh nya kami ini berasal dari ALLAH, dan kami juga akan kembali kepada nya '. Mereka itu lah orang2 yang akan mendapat ucapan selawat (pujian) dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang2 yang memperoleh hidayah"

Monday, August 31, 2009

SABDA RASULLULLAH SAW.

Sesiapa yang ingin supaya di mudahkan (ALLAH) rezekinya atau di panjangkan (ALLAH) umurnya, maka hendak lah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang) (HR Bukhari)

Friday, August 28, 2009

FIKIR FIKIR KAN

"Kesan kebaikan itu akan datang kepada diri kita, dalam hidup ini, betapa banyak ilmu pengetahuan, pengalaman yang baik untuk kehidupan dan hikmah diperolehi ketika kita bersembang, bergurau, makan sehidang dan bekerja dengan seseorang yang berilmu, baik dan jujur"

Thursday, August 27, 2009

10 TANDA HATI MATI

1] kita mengaku kenal ALLAH swt, tapi kita tak tunaikan haknya..
2] kita mengaku cinta pada Rasullullah saw, tapi kita abaikan sunnah Baginda..
3] kita membaca Al-Quran, tapi kita tidak beramal dengan hukum2 nya..
4] kita dapat nikmat dari ALLAH, tapi kita tak bershukur dengan rahmat nya..
5] kita mengaku syaitan musuh, tapi kita mengikut nya..
6] kita mengaku ada nya nikmat syurga, tapi kita tak beramal kearah nya..
7] kita mengaku ada seksa nya neraka, tapi kita tak berusaha menjauhi nya..
8] kita mengaku mati pasti datang bagi setiap jiwa, tapi kita tak bersedia..
9] kita sibuk membuka keaiban orang lain, tapi kita lupa keaiban diri sendiri..
10]kita menghantar dan menguburkan jenazah, tapi kita tak ambil iktibar daripadanya..

KATA Luqman al-Hakim...

Hai anakku,ketahuilah sesungguhnya,
dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
ramai manusia yang karam didalam nya,
bila kau ingin selamat dari karam,
layari lah lautan ini dengan sampan yang bernama TAQWA,
........................................ isinya IMAN,
dan....................layar nya TAWAKKAL kepada ALLAH...

REFRESH

Nobody knows what they have untill they L O S E it.....

RENONGAN

Sebaik baik hadiah dari ku untuk mu, adalah...
nasihatku kerana rasa sayangku pada mu...
bukan kerana bencinya aku pada diri mu...

Wednesday, August 26, 2009

RENONGAN

BILA kau memandang segala-gala dari ALLAH, yang MAHA mencipta, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hati mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu,... PASTI akan damai lah hati mu, KERANA, masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia ,... BUKAN ALLAH tidak tahu derita hidup mu, retak nya hati mu, tapi mungkin itulah yang DIA mahukan, KERANA DIA tahu hati yang sebeginilah selalunya lebeh lunak dan mudah untuk AKRAB dan DEKAT denganNYA...

RENONGAN

Bila ALLAH cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangi mu, bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia ingin menguji mu.. bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebeh baik untuk mu, oleh itu sentiasa lah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun, kerana KASEH SAYANG ALLAH itu mendahului kemurkaan nya...

NEVER take someone for GRANTED

Never take someone for granted, hold every person close to your heart because you might wake up one day and realize that you've lost a diamond while you were too busy collecting stones...

SABDA RASULLULLAH S.A.W

Sesiapa yang berkehendakan dunia, maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakan akhirat, maka hendaklah ia berilmu, dan sesiapa yang berkehendakan kedua-dua nya, maka hendaklah ia berilmu..(HR At-Tirmizi)

SABDA RASULLULLAH S.A.W

Sesungguh nya ALLAH swt tidak melihat kepada rupa dan harta mu, tetapi ALLAH swt melihat kepada hati dan amal mu..

Friday, August 21, 2009

ANDAI INI RmadhaN TERAKHIR


andainya kita tahu ini Ramadhan terakhir,

tentu siangnya kita sebuk berzikir..

tentu kita tak akan jemu melagukan syair rindu...mendayu...merayu...kepadanya..

ALLAH yang SATU..


andainya kita tahu ini Ramadhan terakhir,

tentu solat kita di kerjakan diawal waktu..

solat yang dikerjakan sungguh kushuk lagi tawadhuk..

tubuh dan khalbi bersatu memperhambakan diri mengadap Rabbuljallil..

menangisi kecurangan janji..

"innasolati wanusuki wamahyahya wamamati lillah hirabbill'alamin"..

sesungguh nya solat ku ibadah ku hidup ku dan mati ku..

ku serah kan hanya kepada ALLAh seru sekelian alam..


andainya kita tahu ini Ramadhan terakhir..

tidak akan kita sia siakan walau sesaat yang berlalu..

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja..

disetiap kesempatan masa terluang..

alunan alquran bakal kita dendang..bakal kita syairkan..


andainya kita tahu ini Ramadhan terakhir,

tentu malam kita sibukkan dengan taraweh..qiamullail..tahajud..

mengadu...merintih meminta belas kaseh..

'sesungguhnya aku tidak layak untuk kesyurgamu..

tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka mu'..


andainya kita tahu ini Ramadhan terakhir,

tentu diri kita tak akan melupakan mereka yg tersayang..

mari kita meriahkan ramadhan..

kita buru..kita cari satu malam idaman..

yang lebeh baik dari seribu bulan..


andainya kita tahu ini Ramadhan terakhir,

tentu kita menyediakan batin dan zahir..

mempersiap diri...rohani serta jasmani..

menanti nanti jemputan Izrail..

dikiri dan kanan lorong2 redha Ar Rahman..


duhai Ilahi...

andainya ini Ramadhan terakhir buat kami..

jadikan lah ia ramadhan paling bererti...paling berseri..

menerangi kegelapan hati kami..

menyeru kejalan menuju redho serta kasih sayangmu YAALLAH!!!

semoga bakal mewarnai kehidupan kami disana nanti..


namun wahai teman..

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui..

apakah ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya..

yang mampu bagi seorang hamba itu..

hanyalah berusaha...bersedia...meminta belasNYA..


wahai ALLAH,

kami tak layak kesyurga mu...namun tak pula kami sanggup kenerakamu..

kamilah hamba yang mengharap belas dari mu..

'YA ALLAH jadikan lah kami hamba2mu yang bertaqwa..

ampunkan dosa2 kami..

kedua ibubapa kami..

dosa2 semua umat islam..

yang maseh hidup..

maupun yang telah meninggal dunia.. amin...


andainya benar ini Ramadhan terakhir,

maafkan semua kesalahan yang pernah dilakukan...

Monday, August 17, 2009

SABDA RASULLULLAH S.A.W

Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian,
dan ujian bagi umatku adalah HARTA KEKAYAAN.
(HR At-Tirmizi)

SABDA RASULLULLAH S.A.W

Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup,
kerana tidak ada satu bencana, sama ada kerana terkena duri atau yang lebeh besar,
tidak juga ketakutan, melainkan ALLAH akan mengangkat darjatnya satu darjat,
dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabaran nya menghadapi bencana dan kesukaran tersebut.
(HR Muslim)

HATI

Tidak lurus iman seseorang hamba itu, sehingga hati nya lurus,

Dan hati nya tidak akan lurus, sehingga lurus lidah nya.

(HR Muslim)

KATA-KATA HIKMAH

-Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'

-Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia

-Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya

-Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'

-Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi

-Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki

-Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan

-Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

(Sayidina Ali Karamallahu Wajhah)



Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
-Hatinya selalu berniat suci
-Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
-Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
-Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
-Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
(Sayidina Utshman bin Affan)

LELAKI SEJATI


LAKI-LAKI SEJATI BUKANLAH DILIHAT DARI BAHUNYA YG KEKAR,
TETAPI DARI KASIH SAYANGNYA PADA ORANG SEKELILINGNYA..

LAKI-LAKI SEJATI BUKANLAH DILIHAT DARI SUARANYA YANG LANTANG,
TETAPI DARI KELEMBUTANNYA MENGATAKAN KEBENARAN..

LAKI-LAKI SEJATI BUKANLAH DILIHAT DARI JUMLAH SAHABAT DISEKITARNYA,
TETAPI DARI SIKAP BERSAHABATNYA PADA GENERASI MUDA BANGSA..

LAKI-LAKI SEJATI BUKANLAH DILIHAT DARI BAGAIMANA DIA DIHORMATI DITEMPAT KERJA,
TETAPI BAGAIMANA DIA DIHORMATI DIRUMAH..

LAKI-LAKI SEJATI BUKANLAH DILIHAT DARI KERASNYA PUKULAN,
TETAPI DARI SIKAP BIJAKNYA MEMAHAMI SOALAN..

LAKI-LAKI SEJATI BUKANLAH DILIHAT DARI DADANYA YANG BIDANG,
TETAPI DARI HATI YANG ADA DIBALIK ITU..

LAKI-LAKI SEJATI BUKANLAH DILIHAT DARI BANYAKNYA WANITA YANG MEMUJA,
TETAPI DILIHAT DARI KOMITMEN YANG DIBERIKAN UNTUK WANITA YANG DICINTAI..

LAKI-LAKI SEJATI BUKANLAH DILIHAT DARI JUMLAH TANGGUNGJAWAB YANG DIBEBANKAN,
TETAPI DARI TABAHNYA MENGHADAPI LIKU-LIKU KEHIDUPAN..

LAKI-LAKI SEJATI BUKANLAH DILIHAT DARI RAJINNYA MAMBACA KITAB SUCI,
TETAPI DARI KONSISTENNYA DIA MENJALANKAN APA YANG DIA BACA..AMIN..

Sunday, August 16, 2009

ISTIMEWANYA WANITA - NILAIKAN DIRI MU


Allah berfirman:

"Ketika saya menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. saya membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".
"saya memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"saya memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"saya memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"saya memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"saya memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya. saya memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Sesungguhnya setiap wanita itu Cantik... dan hebat...!!

Thursday, August 13, 2009

Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasehani.

Segala puji tertentu bagi ALLAH,
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam,
Yang maha pemurah,
Lagi maha mengasihani.
Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan.
Engkau lah sahaja yang kami sembah,
Dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjuki lah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang- orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
Bukan jalan orang- orang yang dimurkakan keatas mereka,
Dan bukan pula jalan orang- orang yang sesat.